24/7/2009 -1st day
Campsite Hutan Lipur Gunung Senyum
Berkumpul kat MSU kol 9pm. Ktorg dibahagikan kpd 4 kumpulan. 1 kumpulan 9 org. Aku group ngan Naim, Liyana, Kecik, Tasya, Ina, Fariz,wan n sorg lg aku lupa nama dia. Ktorg bergerak ke Hutan Lipur Gunung Senyum kol 12am.
25/7/2009 - 2nd day
Gua Senyum
Kol 4.30 ktorg sampai ke camp site. seramai 38 orang peserta mengikuti trip kali ni.Ktorg tros mendirikan khemah n merehatkan dri. Camp site kat cni ada toilet n surau.
Pg tu ktorg bgn kol6.45am. Stelah solat n membersihkan dri, ktorg menyediakan sarapan. Ktorg myediakan spagethy, ketam goreng, nugget, kentang goreng, hotdog, roti salut telur n milo. Banyak kn makanan. Yela, bnyak perut yg nak di isi.
Pas bfast, ktorg wat warm up. Renger yg akan lead ktorg ialah Mak Teh n En Saudi. Ktorg memulakan pengembaraan tepat kol 10am menuju ke Gua Jebak Puyuh dgn jarak perjalanan 3.5 km. Ktorg mmasuki Gua Terak @ Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Para, Gua Kapal, Gua Keris, Gua Candi @ Gua Sisik, Gua Straw dan Gua Ular.
Friday, February 19, 2010
Gua Senyum
Posted by zarina at 9:13 AM 0 comments
Labels: kembara
Thursday, February 18, 2010
Xpdc 3 puncak
29/1/2010 - 1st day
Camp site Sungai Pauh
Bertolak dr MSU kol 10pm. Ni la wat pertama kalinya dalam idop aku, aku g camping n hiking pki tudung. Ni percubaan bg dri aku utk mlatih dri pki tudung utk aktiviti sebegini. Ni la gak 1st trip yg aku g, aku keseorangan. Duduk dlm bas ssorg, angkat brg sendri ssorg. Da xde sape yg tlg aku da. Sampai kat Cameron kol 3am. B4 sampai cameron ni, 2 kali berhenti kat r&r. tapi aku xtron dr bas. Aku mnghabiskan masa utk tdo je. Sbb ni je la masa yg aku ada utk merehatkan dri. Mgu ni aku sangat tertekan ngan keja yg banyak, serabut n pelbagai lg dugaan. Ktorg kena mnapak sejauh 100 m. Sjok gler. Sampai2 je, ktorg tros drikan khemah. Aku dok khemah ngan Fiza. Ktorg mmg bawqa khemah. Dua2 khemah kiut miut, so ktorg share khemah. Khemah lg 1 di jd khemah peralatan (simpan brg masakan, makanan n bag). So khemah utk tdo xla sempit sangat. Cam umah semi d pon ada.
30/1/2010 -2nd day
Gunung Jasar n Gunung Perdah
Ktorg bgn kol 6.45am. Nasib baik b4 tdo tu ktorg da rendam mi kurus. So sng sket nak masak. Xde la keras. Pagi tu ktorg b'fast sosej, roti yang di saluti telur n milo. Aku group nagan Reva, Hanif, Hafiz, Nazim n Kk. Bbdk laki ni mmg kuat makan. Tapi yg bagusnya dorg ni, dorgla yg angkut bbrg mknn n bw sosej n spagethy. Aku ni tlg masak je. Ktorg masak bihun n tlor mata kobau utk laok lunch nnt. Ssiap pack dalam plastik yg diseal. bagi sorg satu, nnt senang nak makan kat puncak Jasar.
Mata aku kalo g camping ni mesti bengkak. kalo xbengkak, xsah. Pas b'fast, ktorg ssiap utk g mndaki. Ktorg wat sretch up dlu. Lbey kurang kol 10am ktorg mmulakan perjalanan. Ktorg melalui laluan jungle trekking menuju ke pekan Tanah Rata. Trip kali ni agak berbeza sebab ktorg melalui kawasan pekan. kalo x, nmpk pokok dan kehijauan je. Sempat lg ktorg singgah kdi n makan askem. Ktorg melalui kawasan perunahan utk sampai ke Jalan Jasar. Pendakian bermula di Jalan Jasar. Kol 12.30 ktorg da sampai kat Puncak Jasar. Ssampai kat puncak, ktorg berjumpa ngan uncle yg tgh mnangkap rama2. Pas puas berehat n bergambar kat puncak, ktorg pon meneruskan pendakian ke puncak Perdah. Uncle yg tangap rama2 tu bg aku souvenir. dia bg aku rama2 yg br dia tangkap. owh.. sungguh terharu
Petang tu aktiviti bebas. Aku mandi pastu tdo. Maghrib tu aku ssiap utk laok dinner. Ktorg masak nasi lemak. Ayah En Syamsu ni baik ati. Dia bg ktorg labu, santan kotak n ikan bilis. Kbtolan kat kawasan ni ada daun pisang, so ktorg makan nasi lemak dalam daun pisang. Labu tu ktorg xguna pon. Yg lain solat berjemaah kat surau. Pas makan, ktorg main game n ice breaking session. Pastu ktorg dijamu dgn ayam bbq. Da kenyang, ktorg masok tdo.
Posted by zarina at 7:41 PM 1 comments
Labels: kembara
Monday, February 15, 2010
Gunung Nuang
20/3/2009 -1st day
Tujuan g Gunung Nuang ni utk wat lthn sblom g Gng Tahan. Biar fit sket. Aku xde partner so aku ajakla wa ikot aku g mendaki gng ni.
Nak ke camp site, kira2 5 km. Xtao la btol ke x. Tp aku rasa jaoh sangat. Da la bawa bbrg yg brat2. Kejap2 rehat. Nasib baik ada sorg hamba Allah ni tlg aku bawa khemah. Handsome gak mamat ni. Da la handsome, baik lak tu. Gagah pon ya gak. Tp skrg dia da bpunya la. Melepas aku. hahaha..Time ni aku xde bag hiking yg proper lg. Sebab bw brg brat sangat, jahitan bag aku da tertetas. Ktorg tpaksa menyeberangi anak sungai untuk ke camp site lolo. Sampai kat camp site kol 6.30. Bersihkan dri pastu solat. Air sungai kat cni sangat deras. Bahaya g sungai ni ssorg. Kalo hanyut, xde sape tao. Time ni da la aku lupa bawa selipar. So asyik pki kasut je la. Malam tu ktorg menyediakan makanan utk mkn malam. Ktorg masak nasi n laok sardin. Tgh sdap2 makan ttiba aku ternampak seekor anak katak melompat kearah ktorg yg tgh makan ni. Apa lagi, menjeritla. Nasib baik dia xlompat dalam periuk yg ada laok sardin ni. Pas makan ada ice breaking. Tgh2 berkenalan ni, Reva ttiba menjerit. Rupa2 nya ada pacat kat kaki dia. abg Zul suruh biarkan pacat tu isap darah kotor tu. Bila pacat tu da kenyang, nnt dia tron dgn sendirinya. So xdela kesan parut. Malam tu ujan rintik2. Abg zul mnceritakan pengalaman dia g Gng Tahan. Pas abes bed time story tu, ktorg pon balik ke khemah mmasing.
Malam tu aku xbley nak tdo sangat. Ada mende menyondol khemah ktorg. Aku tdo ngan wa. Aku nak kejutkan wa, tp xsampai ati. Xpon tgh aku kjotkan wa, buatnya tu bukan wa, lg nanya. So aku wat2 xtao. Aku nak tepuk balik kat tempat yang mende tu sondol, aku takot kang dia sondol lg kuat. Ntah macam mana aku terlena. Bgn2 sdar2 da pagi.
21/3/2009 -2nd day
Ktorg mmbersihkan dri n solat. Masa nak b'fast baru aku prasan ada menatang gigit khemah aku. Tp bukan tempat yg di sondol tu. Kat tempat lain. Abes koyak khemah aku. Rupa2nya menatang tu gigit aku nya roti. Dia lapar kot. Mb tu tikus. Pas b'fast, ktorg ssiap utk memulakan pendakian. Sblom tu ktorg wat strecth up. Aku bkesempatan borak ngan wa n menceritakan hal semalam. Dia pon cakap sbnrnya dia bukan tdo pon semalam. Dia perasan ada mende menyondol khemah ktorg. Dia takot nak kjotkan aku. Apa yg dia pkr lbey kurang sama ngan apa yg aku pkr. Hahaha..Tp nasib baik xjd pape. Ktorg memulakan pendakian, Ktorg xpayah angkut suma barang, just bawa bekalan makanan utk mkn kat puncak nnt.
Aku kesian kat wa. Dia ingatkan daki Gng Nuang ni bbiasa je. Rupa2nya sangat tough. Aku xbley nak tgu dia sbb aku pon bdk baru . Still dalam training. Kena kejar masa. Ada 2 org llaki jaga wa kat belakang. Track kat Nuang ni cam air terjun kering. berbatu2 n berlumpur.
Unfortunately, aku mengalami sakit puan kat atas. Da la sakit. Track lak mencabar. Dugaan..dugaan..Menyesal pki bj putih. Abes comot
Akhirnya kami sampai di puncak Gunung Nuang. Ktorg berhenti makan, bergambar kenangan dan berehat. Semasa dalam pendakian, ktorg jumpa ramai orang. Ada warga Jepun, China n Ausralia. Pas da puas berada dia atas puncak, ktorg pon tron ke camp site. Sampai di campsite da kol 4.30pm. Ktorg membersihkan badan dan berkemas2 utk pulang ke kampus. Kesian kat wa, kasut dia dibawa arus masa dia tgh membersihkan lumpur kat kasut dia. Nasib baik dia bawa selipar. Tapi sakitla jalan selama 5km di jalan yg berbatu2. Wa cakap ni la pengalaman yg xkan dilupakan. Camping yang pnoh dgn halangan dan dugaan. Dia da xmao join hiking da. Da serik!!
Posted by zarina at 4:39 PM 0 comments
Labels: kembara

